Saturday, April 18, 2015

LAWATAN KERJA KE MELAKA -2015

LAWATAN KERJA KE MELAKA 12 - 13 APRIL 2015 (AHAD /ISNIN)


Alhamdulillah ... menjadi kenyataan pada 12 dan 13 APRIL 2015 (AHAD DAN ISNIN) setelah beberapa kali usaha adakan LAWATAN KERJA KE MELAKA tertangguh oleh sebab-sebab di luar kawalan.

Rombongan Lawatan Kerja JKKD Kuantan diketuai oleh Pengerusi JKKD Kuantan - Tuan Haji Mohd Zahidi bin Hj Husain berserta rakan-rakan NGO Kuantan lain iaitu daripada Pusat Jagaan Warga Emas Kuantan , Persatuan Bekas Veteran Tentera , Penasihat Mahkamah, PEMADAM Kuantan termasuk juga beberapa orang kanak-kanak/remaja dan ibubapa/penjaga mereka.

Turut bersama dalam rombongan Tuan Hj Hamazah Mohamad (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan), Puan Majisterit Kuantan bersama jurubahasa, pegawai-pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan Daerah Kuantan.

Rombongan seramai enampuluh enam orang menaiki dua buah bas sewa khas berlepas pagi 12 April 2015 Ahad seperti dijadualkan daripada perkarangan Kompleks Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan

Setelah berhenti rehat di R n R Muadzam Shah untuk minum pagi, rombongn terus berlepas ke Melaka .Kemudian berehat untuk makan tengah hari dan solat di masjid.

Perjalanan bas rombongan diteruskan dan tiba di STB (Sekolah Tunas Bakti) Sungai Lereh, Melaka khas buat pelatih perempuan sahaja kira-kira jam 3.30 petang Ahad .

Timbalan Pegetua STB Sg Lereh beserta staff dan penghuni / pelatih telah menyambut mesra ketibaan rombongan kami.

Taklimat berkaitan STB Sg Lereh diberikan oleh Timbalan Pengetuanya diikuti dengan Persembahan Kawat Kaki, Persembahan Pasukan Pancaragam Sekolah dan persembahan kebudayaan di pentas sambil anggota rombongan menikmati minum petang.

Penghuni / pelatih berasal daripada Kuantan telah diberi kesempatan beramah mesra dengan rombongan JKKD Kuantan.

Rombongan Lawatan kerja bermalam di Hotel Sentral Melaka dan menyambong lawatan kerja yang telah dijadualkan ke Sekolah Henry Gurney pula selepas sarapan pagi Isnin 13 APRIL 2015.

Ketibaan rombongan di Sekolah Henry Gurney , Melaka disambut oleh Pegawai Bertugas dan diberikan taklimat . Seterusnya rombongan telah dibawa melawat sekitar kawasan yang dibenarkan termasuk tempat menempatkan pelatih remaja perempuan.

Rombongan makan tengah hari di Sekolah Henry Gurney sebelum berlepas ke Dataran Melaka dalam perjalanan pulang ke Kuantan.

Adalah diharapkan kedua-dua institusi SEKOLAH TUNAS BAKTI SG. LEREH, MELAKA dan SEKOLAH HENRY GURNEY, MELAKA akan terus melaksanakan amanah untuk menerima pelatih remaja perempuan dan lelaki selama tempuh yang diperintahkan oleh Mahkamah Kanak-kanak (Juvana) seluruh negara (Semenanjung Malaysia) melalui VISI & MISI ... MENJAGA dan MEMULIH seperti KURIKULUM / S.O.P yang telah ditetapkan pihak berkenaan.

Menghayati peranan dan kerjabuat kedua-dua institusi tersebut ternyata teramat berat terbeban ke atas bahu semua petugas yang diamanahkan dalam PEMULIHAN demi setiap lepasan institusi tersebut yang bebas kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat boleh menjadi ASSET yang berguna dan bukan pula LIABILITI supaya mereka menepati ciri-ciri MODAL IHSAN yang diperlukan.

Semoga Allah terus memberikan kekuatan mental dan fizika kepada seluruh anggota petugas di kedua-dua institusi tersebut dalam membentuk remaja yang tergelincir kembali ke landasan diredhai Allah.

Kepada semua ahli jawatankuasa JKKD Kuantan yang tidak berhalangan menyertai rombongan Lawatan Kerja Ke melaka dirakamkan ucapan terima kasih

Rakaman ucapan berbanyak terima kasih kepada Tuan Hj Hamazah Mohamad, Cik Zarina dan semua Pegawai / staff Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang serta Pengarah / Pegetua STB Sungai Lereh dan Sekolah Henry Gurney Melaka.

Catatan:
Oleh Bendahari JKKD yang ikut serta dalam
rombongan Lawatan Kerja Ke Melaka.

18 APRIL 2015 - SABTU.



No comments:

Post a Comment