Tuesday, November 18, 2014

PROGRAM INSAF DIRI: INILAH PERJALANANKU


[RAKAMAN FOTO : SELEPAS PROGRAM INSAF DIRI >>INILAH PERJALANANKU - PADA 18 NOVEMBER 2014 - SELASA == PARA PESERTA BESAMA-SAMA PEGAWAI / STAFF PKMD KUANTAN SERTA AJK JKKD KUANTAN (Hj Zahidi Husain/Pengerusi + Pn Yashida/SU + Mejar (B) Hj Salam/PSU + Hj Mohd Shari/Bendahari)]

Tentatif Program mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah dilaksanakan seperti hasrat penganjuran / pengendalian bersama oleh PKMD Kuantan dan JKKD Kuantan seperti Objektif berikut:

>>>Memberi pencerahan kepada para peserta berkaitan peintah mahkamah dan kesan terhadap pelanggarannya dari sudut undang-undang.
>>>Menyuntik semangat kepada para peserta bahawa peluang kedua sentiasa terbuka terhadap mereka terlibat.
>>>Membantu pegawai-pegawai membuat selian terus kepada kanak-kanak
>>>Membentuk kerjasama yang baik antara PKMD dan NGO .

Pengisian program dimulai dengan taklimat oleh Pegawai Akhlak PKMD Kuantan.

Ceramah Motivasi "Insaf Diri - Inilah Perjalananku" disampaikan oleh Tuan Badaruddin bin Shukor seorang kaunselor bertauliah dari SMK. Bukit Sagu, Kuantan merangkap GPK HEM. Selaku pakar motivasi, beliau berjaya menyuntik semangat kepada para peserta bahawa peluang kedua sentiasa terbuka terhadap mereka untuk mengikut landasan yang diredai Allah.

Keinsafan diri serta bijak BERFIKIRAN WARAS / TERBUKA serta bijaksana kawal PERASAAN adalah kunci kearah pencapaian terbaik dalam perjalanan hidup.

Aktiviti / Program berhenti berehat kira-kira jam 1.00 tgh hingga 2.30 ptg untuk makan tengah hari dan Solat Zohor.

Kemudian Para peserta dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil bagi aktiviti "Mentor Mentee" dibawah bimbingan pemudahcara @ Pegawai-pegawai  Akhlak PKMD Kuantan.

Majlis penutup dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Zahidi Husain - Pengerusi JKKD Kuantan. 
Beliau menegaskan bahawa para peserta adalah ASET dalam membina / memupuk positif kearah masa depan Malaysia mencakupi seluruh aspek AGAMA-BANGSA-NEGARA. Kegagalan menjadikan diri sebagai ASET boleh meruntuhkan AGAMA-BANGSA-NEGARA.

Adalah diharap program yang berjalan seharian dari pagi ke petang berjaya mencapai objektif manfaatkan para peserta dengan pengisian yang disusunatur rapi.

Terima kasih kepada Tuan Hj Hamazah - Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan serta semua pegawai / staff terlibat DAN Tuan Hj Zahidi Husain - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD) Kuantan serta barisan anggota jawatankuasa.

InsyaAllah ... JKKD Kuantan sentiasa bersikap terbuka dalam melaksanakan apa jua program boleh memanfaatkan kanak-kanak

Catatan oleh:
Bendahari JKKD Kuantan
18.11.2014 - selasa.