Sunday, April 18, 2010

FORUM & BENGKEL "ANAKKU MUTIARA HIDUPKU"

GAMBAR-GAMBAR SEBAHAGIAN RAKAMAN
MAJLIS FORUM & BENGKEL "ANAKKU MUTIARA HIDUPKU"
PADA 19 April 2010 @ 04 J'Awal 1431 (Isnin)


"Backdrop" - Majlis Forum & Bengkel "ANAKKU MUTIARA HIDUPKU" anjuran JKKD Kuantan dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kuantan & Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)Kuantan.

Pendaftaran kehadiran peserta - Diuruskan Puan Aeshah Said & Puan Zunita Marlina....

Ahli JKKD Kuantan di meja pendaftaran peserta: Dari kanan - Tuan Hj Mohd Basri (Pengerusi), Puan Hjh Rohani dan Puan Zunita Marlina

Sebahagian para peserta mengikuti pandangan Panel Forum Tuan ASP Zawawi Ibrahim.

Mejar (B) Abd Salam Aw Lazak sebagai MC Majlis dan Membimbing bacaan Doa.

Moderator Forum bersama ahli-ahli panel:
Dari kiri: Tuan ASP Zawawi Ibrahim (IPK Pahang), Puan Wan Zarina (JKM Pahang), Puan Hjh Rubiah Sidin (Moderator-Ahli JKKD Kuantan) dan Ust.Hamdan Yusri Yusof ( Jabatan Agama Islam Pahang)

Giliran Ustaz Hamdan Yusri Yusof dari Jabatan Agama Islam Pahang menzahirkan pandangan untuk hadiri.

Penyampaian Cenderamata kepada Ahli Panel Forum - Puan Wan Zarina (Timbalan Pengarah JKM Pahang ) oleh Puan Hjh Shakura Mohd Yusof (Pengerusi PUSPANITA Daerah Kuantan) merangkap Ahli JKKD Kuantan.

Perasmian Penutup Oleh En Mohd Hamizan b. Mohd Nasir (Pegawai PKMD Kuantan) mewakili Pengarah JKM Negeri Pahang.

Saturday, April 3, 2010

LAWATAN JKKD KUANTAN KE STB JERANTUT


Cenderamata Penghargaan JKKD Kuantan kepada Pengetua STB Jerantut....Disampaikan oleh Pengerusi JKKD Kuantan(kanan-batik) kepada Pengetua STB Jerantut (Kiri)

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengetua....

Dengar taklimat oleh Timbalan Pengetua STB........

Taklimat di lapangan oleh Timbalan Pengetua.....

Pn Majistret & SU JKKD.....

Staf PKMD Ktn & Penyelia Asrama STB....

Blok Bangunan Asrama....bahagian luar.

Rahsia pokok.......

Minuman selamat datang.....

Pada 03 APRIL 2010 (Sabtu) Lawatan Rombongan JKKD Kuantan ke STB Jerantut menjadi kenyataan.

Anggota rombongan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa JKKD, Majistret, Jurubahasa Mahkamah dan staf Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan berkumpul di perkarangan Kompleks Penyayang Kg Tiram Kuantan sebelum berlepas ke distinasi menaiki 4 buah kenderaan ( Sebuah kenderaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dan 3 buah kereta Ahli JKKD sendiri)

Terima kasih kepada mereka yang menyertai rombongan iaitu Pengerusi JKKD (Hj Basri), SUsaha (Hj Mohd Shari), Bendahari (Pn Yashida), Mej (B) Salam, Pn Sakura, Pn Zunita,Pn Iriane, Cik Kana,Pn Napsiah dan staf Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Rombongan berhenti di R & R Gambang untuk sarapan pagi kira-kira selama setengah jam.

Kami tiba di STB Jerantut kira-kira jam 11.00 pagi dan disambut oleh oleh Pengetua (En Md Zain @ Rahim Hassan ), Timbalan Pengetua ( En Shafie Abbas) dan Penyelia Asrama (En Fairus) dan disajikan minum selamat datang.

Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua berkaitan STB Jerantut yang menempatan kanak-kanak/remaja lelaki kira-kira 190 orang terdiri daripada mereka yang ditempatkan Atas Perintah Mahkamah dan tahanan reman.

STB Jerantut sediada yang dibina pada 1971 dengan nama Sekolah Akhlak Lelaki Jerantut telah diberikan nama STB Jerantut semenjak 1975 bertempat di Mukim Pedah dengan keluasan kawasan 70.39 ekar. Jarak dari Jerantut hanya 7 km sahaja di tepi jalan Jerantut-Maran.

Dimaklumkan bangunan baru dan penambahbaikan kemudahan telah dirancang dan dijangka dibina dalam RMK-10. Semoga segera menjadi kenyataan untuk manfaat penghuni dan staf STB sendiri.

Hasrat murni penubuhan STB Jerantut untuk membentuk kanak-kanak seperti STB di tempat lain mencakupi Kerohanian/Agama, Akademik, Kemahiran digalas oleh seluruh staf STB dengan dibantu oleh Lembaga Pelawat STB Jerantut.

Kanak-kanak yang masih bersekolah menikmati kemudahan persekolahan seperti biasa di tiga buah sekolah menengah sekitar bandar Jerantut dengan perjalanan pergi balik ke sekolah dan wang saku dibiayai oleh pihak STB.

Amatlah membanggakan terdapat bekas penghuni STB Jerantut berjaya melanjutkan pelajaran ke university. Nyatalah sebarang titik hitam masa dahulu bukanlah nokhtah kepada laluan hidup masa depan mereka.

Penghuni dan staf STB Jerantut bertuah kerana ada kemudahan masjid disediakan membolehkan penghuni dan Staf Islam menunaikan kewajiban bersolat Jumaat di samping aktiviti mengimarahkan masjid dengan aktiviti berkaitan.

Kami berangkat pulang kira-kira jam 1.30 tengahari setelah menikmati jamuan makan tengahari.

Sesungguhnya lawatan rombongan kami pada 03 APRIL 2010 telah memperjelaskan tentang peranan dan sumbangan STB dalam membina bakal modal ihsan yang akan kembali ke dalam masyarakat setelah tamat tempoh ditentukan.

JKKD Kuantan merakamkan berbanyak terima kasih kepada pentadbiran STB Jerantut, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang membolehkan lawatan kami menjadi kenyataan.