Friday, August 13, 2010

MAJLIS TAHLIL KOMPLEKS PENYAYANG

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan telah mengadakan Majlis Tahlil sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1431 H bertempat di Kompleks Penyayang Kampung Tiram yang menempatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Majlis tersebut telah diadakan pada hari Rabu o4 Ogos 2010 / 23 Sya'aban 1431 H.Dimulai Bacaan Surah Yasin selepas solat Maghrib di surau kompleks dengan dihadiri oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan (En Mohd Hamizan Nasir)bersama Staf & kakitangan serta keluarga, Staf & kakitangan Ibu Pejabat JKM Negeri Pahang dan Rumah Kanak2 Tengku Ampuan Fatimah Kuantan serta wakil-wakil institusi lain bawah JKM Pahang.

Para hadirin kemudiannya telah bersama-sama menikmati jamuan makan malam selepas solat Isyak di Dewan Kompleks Penyayang. Kabarnya daging lembu diimport dari institusi JKM Jerantut. Kepada sesiapa yang tiada halangan makan durian telah disediakan durian untuk dimakan sepuasnya.

JKKD Kuantan ikut serta Majlis yang dianjurkan dengan diwakili oleh Pengerusi & Setiausaha bersama beberapa wakil NGO berkaitan jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri pahang. JKKD Kuantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan yang menghubungi sendiri kami.

Semoga kita baik selaku staf & kakitangan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan NGO yang berkaitan sentiasa muhasabah diri dan menyempurnakan kewajipan berkaitan peranan masing-masing dengan sedaya upaya agar selari dengan konsep "penyayang" serta mendapat keredhaan Allah jua.

Sunday, April 18, 2010

FORUM & BENGKEL "ANAKKU MUTIARA HIDUPKU"

GAMBAR-GAMBAR SEBAHAGIAN RAKAMAN
MAJLIS FORUM & BENGKEL "ANAKKU MUTIARA HIDUPKU"
PADA 19 April 2010 @ 04 J'Awal 1431 (Isnin)


"Backdrop" - Majlis Forum & Bengkel "ANAKKU MUTIARA HIDUPKU" anjuran JKKD Kuantan dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kuantan & Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)Kuantan.

Pendaftaran kehadiran peserta - Diuruskan Puan Aeshah Said & Puan Zunita Marlina....

Ahli JKKD Kuantan di meja pendaftaran peserta: Dari kanan - Tuan Hj Mohd Basri (Pengerusi), Puan Hjh Rohani dan Puan Zunita Marlina

Sebahagian para peserta mengikuti pandangan Panel Forum Tuan ASP Zawawi Ibrahim.

Mejar (B) Abd Salam Aw Lazak sebagai MC Majlis dan Membimbing bacaan Doa.

Moderator Forum bersama ahli-ahli panel:
Dari kiri: Tuan ASP Zawawi Ibrahim (IPK Pahang), Puan Wan Zarina (JKM Pahang), Puan Hjh Rubiah Sidin (Moderator-Ahli JKKD Kuantan) dan Ust.Hamdan Yusri Yusof ( Jabatan Agama Islam Pahang)

Giliran Ustaz Hamdan Yusri Yusof dari Jabatan Agama Islam Pahang menzahirkan pandangan untuk hadiri.

Penyampaian Cenderamata kepada Ahli Panel Forum - Puan Wan Zarina (Timbalan Pengarah JKM Pahang ) oleh Puan Hjh Shakura Mohd Yusof (Pengerusi PUSPANITA Daerah Kuantan) merangkap Ahli JKKD Kuantan.

Perasmian Penutup Oleh En Mohd Hamizan b. Mohd Nasir (Pegawai PKMD Kuantan) mewakili Pengarah JKM Negeri Pahang.

Saturday, April 3, 2010

LAWATAN JKKD KUANTAN KE STB JERANTUT


Cenderamata Penghargaan JKKD Kuantan kepada Pengetua STB Jerantut....Disampaikan oleh Pengerusi JKKD Kuantan(kanan-batik) kepada Pengetua STB Jerantut (Kiri)

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengetua....

Dengar taklimat oleh Timbalan Pengetua STB........

Taklimat di lapangan oleh Timbalan Pengetua.....

Pn Majistret & SU JKKD.....

Staf PKMD Ktn & Penyelia Asrama STB....

Blok Bangunan Asrama....bahagian luar.

Rahsia pokok.......

Minuman selamat datang.....

Pada 03 APRIL 2010 (Sabtu) Lawatan Rombongan JKKD Kuantan ke STB Jerantut menjadi kenyataan.

Anggota rombongan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa JKKD, Majistret, Jurubahasa Mahkamah dan staf Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan berkumpul di perkarangan Kompleks Penyayang Kg Tiram Kuantan sebelum berlepas ke distinasi menaiki 4 buah kenderaan ( Sebuah kenderaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dan 3 buah kereta Ahli JKKD sendiri)

Terima kasih kepada mereka yang menyertai rombongan iaitu Pengerusi JKKD (Hj Basri), SUsaha (Hj Mohd Shari), Bendahari (Pn Yashida), Mej (B) Salam, Pn Sakura, Pn Zunita,Pn Iriane, Cik Kana,Pn Napsiah dan staf Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Rombongan berhenti di R & R Gambang untuk sarapan pagi kira-kira selama setengah jam.

Kami tiba di STB Jerantut kira-kira jam 11.00 pagi dan disambut oleh oleh Pengetua (En Md Zain @ Rahim Hassan ), Timbalan Pengetua ( En Shafie Abbas) dan Penyelia Asrama (En Fairus) dan disajikan minum selamat datang.

Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua berkaitan STB Jerantut yang menempatan kanak-kanak/remaja lelaki kira-kira 190 orang terdiri daripada mereka yang ditempatkan Atas Perintah Mahkamah dan tahanan reman.

STB Jerantut sediada yang dibina pada 1971 dengan nama Sekolah Akhlak Lelaki Jerantut telah diberikan nama STB Jerantut semenjak 1975 bertempat di Mukim Pedah dengan keluasan kawasan 70.39 ekar. Jarak dari Jerantut hanya 7 km sahaja di tepi jalan Jerantut-Maran.

Dimaklumkan bangunan baru dan penambahbaikan kemudahan telah dirancang dan dijangka dibina dalam RMK-10. Semoga segera menjadi kenyataan untuk manfaat penghuni dan staf STB sendiri.

Hasrat murni penubuhan STB Jerantut untuk membentuk kanak-kanak seperti STB di tempat lain mencakupi Kerohanian/Agama, Akademik, Kemahiran digalas oleh seluruh staf STB dengan dibantu oleh Lembaga Pelawat STB Jerantut.

Kanak-kanak yang masih bersekolah menikmati kemudahan persekolahan seperti biasa di tiga buah sekolah menengah sekitar bandar Jerantut dengan perjalanan pergi balik ke sekolah dan wang saku dibiayai oleh pihak STB.

Amatlah membanggakan terdapat bekas penghuni STB Jerantut berjaya melanjutkan pelajaran ke university. Nyatalah sebarang titik hitam masa dahulu bukanlah nokhtah kepada laluan hidup masa depan mereka.

Penghuni dan staf STB Jerantut bertuah kerana ada kemudahan masjid disediakan membolehkan penghuni dan Staf Islam menunaikan kewajiban bersolat Jumaat di samping aktiviti mengimarahkan masjid dengan aktiviti berkaitan.

Kami berangkat pulang kira-kira jam 1.30 tengahari setelah menikmati jamuan makan tengahari.

Sesungguhnya lawatan rombongan kami pada 03 APRIL 2010 telah memperjelaskan tentang peranan dan sumbangan STB dalam membina bakal modal ihsan yang akan kembali ke dalam masyarakat setelah tamat tempoh ditentukan.

JKKD Kuantan merakamkan berbanyak terima kasih kepada pentadbiran STB Jerantut, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang membolehkan lawatan kami menjadi kenyataan.

Monday, March 15, 2010

MESYUARAT / PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH

Sesi Perjumpaan/Mesyuarat bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan diadakan seperti dijadualkan pada 15 MAC 2010 (Isnin)jam 3.00 ptg - 4.45 ptg di Bilik Mesyuarat, Kompleks Penyayang Kg. Tiram, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Jalan Pintasan Indera Mahkota, Kuantan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dan Pegawai Akhlak Daerah banyak memaklumkan maklumat terkini tentang peranan boleh & perlu dimainkan oleh JKKD seperti sering disensasikan oleh media massa mutakhir ini.
Jika berlaku hal-hal termaklum sebagai ahli JKKD perlu kedepan memaklumkan kepada pihak Kebajikan Masyarakat di samping turut mengingatkan komunti tentang kewajipan tersebut.

Tiga aktiviti /program akan dilaksanakan seperti dirancang:
(a) "Anakku Mutiara Hidupku" pada 19 APRIL 2010 (Isnin) 8.30 pagi
(b) Lawatan JKKD Kuantan ke STB Jerantut pada 28 MAC 2010 (Tunggu lampu hijau)
(c) Jadual Aktiviti Seliaan Kanak-Kanak akan disediakan oleh Pegawai Akhlak Daerah setiap hari Khamis & Jumaat bagi melicinkan tugasan seliaan.

Ahli JKKD untuk sesi baru akan dikenalpasti & dicalonkan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Mereka yang akan dilantik perlulah dimaklumkan pada kadar segera supaya JKKD boleh memanfaatkan tempoh masa yang diamanahkan tanggungjawab oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


catatan:
Setiausaha JKKD Kuantan
Tarikh: 15 MAC 2010

Wednesday, March 10, 2010

SESI BERSAMA PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH

Sukacita dimaklumkan sesi bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan akan diadakan seperti pesanan SMS dan edaran surat makluman & jemputan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 15 MAC 2010 (ISNIN)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Kompleks Penyayang Kg Tiram,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan,
Jalan Pintasan Indera Mahkota,
25020 Kuantan.

Diharapkan kehadiran penuh semua Ahli JKKD Kuantan dan manfaatkan sesi perjumpaan atas jemputan beliau sendiri.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan yang dapat memberi ruang untuk bertemu semua Ahli JKKD Kuantan pada tarikh tersebut di atas.

Catatan:
Setiausaha JKKD Kuantan
Tarikh: 10 MAC 2010.