Thursday, July 23, 2009

MESYUARAT AJK JKKD - JULAI 2009

PROGRAM ANAKKU MUTIARA HIDUPKU.

Mesyuarat Jawatankuasa JKKD Kuantan kali ke 2 / 2009 telah diadakan pada hari khamis bersamaan 16 JULAI 2009 / 23 REJAB 1430 H jam 3.00 – 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Penyayang Kg. Tiram, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.
Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri oleh Tuan Hj Mohd Basri Husain, Pengerusi JKKD Kuantan yang turut dihadiri oleh En Kairul Azrin Matsiah (Pegawai Akhlak) PKMD Kuantan.
Seperti biasa mesyuarat telah mengikut susunatur agenda disediakan dengan focus perbincangan kepada Program Anakku Mutiara Hidupku (PAMH) dengan kerjasama PUSPANITA samada sebelum ataupun selepas bulan Ramadhan nanti.
Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) , Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Pahang serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan juga akan bersama-sama memainkan peranan supaya objektif melaksanakan PAMH tercapai sebagai dihasratkan.
Pengerusi dan Setiausaha JKKD telah berbincang dengan Pegawai PKMD Kuantan pada petang 23 Julai 2009 dan mendapat sokongan serta pandangn bernas beliau dalam memantapkan program yang bakal diadakan tersebut.
Insyaallah jika segalanya berjalan seperti diaturkan serta mendapat sokongan pembiayaan pihak Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia / Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, program tersebut akan menjadi kenyataan kepada kumpulan sasaran kanak-kanak berserta ibubapa dan ahli PUSPITA yang dijemput oleh PKMD Kuantan.

Catatan: Setiusaha JKKD Kuantan
Tarikh: 23 Julai 2009

Friday, July 3, 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT & TAHLIL SEMPENA MENDUDUKI KOMPLEKS PENYAYANG KG TIRAM




GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS
PADA 02 JULAI 2009 @ 09 REJAB 1430 H
Majlis diadakan sempena perpindahan lokasi Pentadbiran PKMD Kuantan dan seluruh warga PKMD Kuantan ke Kompleks Penyayang Kampung Tiram, Kuantan, Pahang di bawah Pimpinan Encik Mohd Hamizan bin Nasir selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.
Kami Ahli Jawatankuasa JKKD Kuantan amat berterima kasih atas jemputan menghadiri majlis yang bersejarah sempena perpindahan PKMD Kuantan ke suatu Kompleks pentadbiran yang lengkap prasarana bertepatan dengan fokus utama khidmat kebajikan kepada masyarakat.
Puan Shamsiah bt Hussein ,Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang serta YH Dato' Bakar Mohamad mantan Pengarah JKMN Pahang sebelum beliau turut menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Tahlil tersebut.
Kami ahli Jawatankuasa JKKD Kuantan sesi 2008/2010 merakamkan setinggi tahniah kepada seluruh warga PKMD Kuantan kerana memperolehi suasana persekitaran pejabat yang berkali ganda baik daripada premis lama berhampiran Wisma Seri Pahang di Kuantan.
JKKD Kuantan akan sentiasa bersama PKMD Kuantan dalam mencapai Visi & Misi untuk berkhidmat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
oleh: SU JKKD Kuantan