Tuesday, June 30, 2009

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PERLANTIKAN

Majlis Rasmi Penyerahan Sijil Perlantikan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak @ Jawatankuasa Kebajikan Juvana Daerah Kuantan (JKKD Kuantan) telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hamizan bin Mohd Nasir selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dalam Mesyuarat JKKD Kuantan Bil: 01/2009 pada 30 JUN 2009 jam 3.00 petang (Selasa).

Tuan Hj Mohd Basri bin Hj Husain yang telah dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Pengerusi JKKD Kuantan sesi 2008/2010 telah mempengerusikan mesyuarat.

Mesyuarat sebulat suara mengekalkan Bendahari sesi terdahulu iaitu Pn Yashida binti Mohd Shariff dan melantik En Mohd Shari bin Hj Md Pilus sebagai Setiausaha.

Semua Ahli JKKD Kuantan diberikan huraian ringkas berkaitan peranan dan tanggungjawab / kewajipan setiap orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Menteri berkenaan bagi sesi 2008/2010.

Perkara-perkara yang diperjelaskan mencakupi "PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN JUVANA (PERLEMBAGAAN DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN) 1976" seperti terkandung dalam AKTA MAHKAMAH JUVANA, 1947.

Ahli JKKD Kuantan yang hadir telah diberikan sesalinan perkara-perkara yang telah ditaklimatkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Turut hadir bersama Pn Zalina binti Yusoff yang mengetuai Unit Kanak-Kanak PKMD Kuantan dan En Kairul Azrin bin Matsiah (Pegawai Akhlak PKMD Kuantan) merangkap penyelaras kepada JKKD Kuantan.

SENARAI PENUH AHLI JKKD KUANTAN.

1) Tuan Hj Mohd Basri bin Hj Husain (Pengerusi)
2) En. Mohd Shari bin Hj Md Pilus ( Setiausaha)
3) Pn. Yashida bt Mohd Shariff ( Bendahari)
4) Tuan Hj Saffrim bin Ariffin
5) Pn Shakura bt Mohd Yusof
6) Pn Hjh Rohani Mohamed
7) Pn Hjh Rubiah bt Hj Sidin
8) Pn Hjh Aeshah bt Said
9) Mejar (B) Abd Salam bin Aw. Lazak
10) En Mohd Zahidi bin Hj Husain
11) Pn Zunita Marlina bt Embong
12) En Zulkiflee bin Jusoh
13) En Danny Yong Yew Chan
14) En Kulasingam A/L Kandiah
15) En Abdul Majid bin Mohamad

Selain tumpuan khusus kepada kes seliaan terhadap kanak-kanak, JKKD Kuantan diharapkan dapat menggemblengkan usaha memberi kesedaran kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut dan masyarakat umum.

Semua ahli yang hadir telah turut bersama membincangkan beberapa program / aktiviti yang dirasakan menfaatkan dan menepati halatuju pembentukan JKKD Kuantan. Jika perlu beberapa agensi / jabatan kerajaan dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) dilibatkan bagi setiap program / aktiviti bakal diadakan nanti mengikut kesesuaian.

INSYAALLAH, kami yang diamanahkan akan berusaha sedaya upaya kami bagi memenuhi hasrat seperti termaktub dalam "PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN JUVANA (PERLEMBAGAAN DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN) 1976 " yang telah diedarkan bersama SIJIL PERLANTIKAN oleh Menteri.

Ditulis oleh: Setiausaha JKKD Kuantan sesi 2008/2010.