Friday, September 28, 2012

BICARA AGAMA SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2012 (DAERAH KUANTAN)





JKKD Kuantan ikut bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Warga Emas 2012 Peringkat Daerah Kuantan yang dikelolakan oleh PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) Kuantan dengan sokongan JASA dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan pada 27 September 2012 (Khamis).

Program bercorak santai 'Bicara Agama' dengan mengundang Dua orang Ustaz daripada JAIP iaitu Ustaz Hamdan Yusi (Penolong Pengarah Dakwah) dan Ustaz Izzuddin (Penolong Pengarah -Pentadbiran Masjid)
serta Ustaz Azli selaku moderator daripada JASA .

Bicara Agama telah mencakupi seluruh penghidupan Warga Emas sendiri dalam menunaikan kewajipan Habluminallah dan Habluminanas di dunia akhirat. Warga Emas diperingatkan akan peranan penting sumbangan mendidik anak-anak/waris-waris generasi agar terselamat / mengurangkan gangguan bencana gejala bagi mengelakkan perbuatan melanggar tuntutan ajaran Agama Islam sendiri.

Para hadirin yang diberikan peluang untuk memberikan pendapat / pandangan serta mengemukakan sebarang pertanyaan dan kemusykilan telah menjadikan majlis tersebut berjalan lancar dan berlangsung dalam suasana kekeluargaan.

Cik Zarina selaku Pemangku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan ketika ucapan perasmian, amat berpuas hati akan penganjuran Majlis Bicara Agama yang membabitkan banyak pihak sebagai tanda muafakat kearah mewujudkan masyarakat / komuniti yang boleh hidup bersama dalam negara ini.

catatan:
Setiausaha JKKD Ktn
27 September 2012 (Khamis)

Friday, July 27, 2012

MAJLIS BUKA PUASA & SOLAT TERAWIH DI TAMAN PENGASIH SULTAN HAJI AHMAD SHAH, INDERA MAHKOTA, KUANTAN PADA 27.07.2012 JUMAAT


















SEBAHAGIAN RAKAMAN FOTO MAJLIS BUKA PUASA, SOLAT TERAWIH DAN BACAAN YASIN & TAHLIL DI TAMAN PENGASIH SULTAN HAJI AHMAD SHAH, INDERA MAHKOTA, KUANTAN, PAHANG PADA 27.07.2012 JUMAAT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua Taman Pengasih SHAS - Puan Hjh Rubiah bt Hj Sidin atas keizinan & kerjasama dan semua yang hadir khasnya YB Dato' Hj Shafik Fauzan bin Hj Sharif - EXCO Kerajaan Negeri Pahang yang mengimamkan Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Terawih serta mengetuai Bacaan Yasin & Tahlil buat allahyarham Hj Mohd Basri bin Husain (AJK JKKD Kuantan - yang kembali kerahmatullah pada 11.07.2012 Rabu).

Mereka yang hadir termasuklah Staf & penghuni Taman Pengasih SHAS, para peserta program "Silaturahim Keluarga " di Dewan PERKIM Kuantan 09.06.2012 anjuran JKKD Kuantan, Timbalan Pengarah 2 & Pegawai2 JKM Negeri Pahang, Pegawai2 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, AJK Majlis Kebajikan Pusat Semenanjung Malaysia (MKPSM) Daerah Kuantan dan AJK Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah (JKKD) Kuantan sendiri.

Terima kasih dan penghargaan kepada rakan AJK JKKD Kuantan yang bukan Islam iaitu En Danny Yong Yew Chan dan En Munusamay  yang ikut bersama dalam Majlis Buka Puasa.

JKKD Kuantan memohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam pengajuran majlis tersebut.

Terima kasih kepada YBhg Tuan Hj Mohd Zahidi bin Hj Husain (Pengerusi JKKD Kuantan) yang telah bermurah hati menyampaikan sumbangannya kepada kanak-kanak penghuni Taman Pengasih SHAS.

Semoga komitmen semua AJK JKKD Kuantan tetap berterusan dalam menjalankan peranan dan amanah sepanjang khidmat sukarela diamanahkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Foto & Catatan oleh Setiausaha JKKD Kuantan sesi 2010/2012.

Tarikh: 28.07.2012

Sunday, July 8, 2012

PROGRAM SILATURRAHIM KELUARGA

PROGRAM SILATURRAHIM KELUARGA

Jawatankuasa Kecil Biro Bina Insan JKKD telah berjaya melaksanakan PROGRAM SILATURRAHIM KELUARGA pada 09 JUN 2011(Sabtu) bertempat  di Dewan PERKIM, Tingkat 2, Bangunan PERKIM, Jalan Gambut, 25000 Kuantan.
Sasaran penyertaan adalah seramai 70 orang melibatkan 40 orang (Kanak-kanak dan penjaga), Pembimbing 3 orang (Polis, JKKM dan PERKIM) serta para jemputan 27 orang (AJK JKKD, PERKIM).
Diharapkan Objektif Program akan tercapai selepas peserta menjalani program:
Ø  Mengeratkan hubungan keluarga dengan ikatan mawaddah dan rahmah
Ø  Menerap dan meningkatkan sifat-sifat murni di antara keluarga
Ø  Melhirkan rasa tanggungjawab sesama insan
Ø  Mengekalkan silaturrahim sepanjang hayat
Para Pembimbing mewakili pihak Polis (Bengkel Undang-Undang) , JKKM (Bengkel Nilai-Nilai Murni) dan PERKIM (Bengkel Ibadah) bermula 8.30pagi hingga  1.00 petang menjuruskan aktiviti dalam kumpulan kepada pencapaian objektif program tersebut.
Pembiayaan kos pengendalian Program Silaturrahim Keluarga adalah secara bersama JKKD Kuantan dan PERKIM. Terima kash kepada PERKIM atas sumbangan RM1,400.00 .
Sesungguhnya tanpa inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bina Insan bersama anggota AJKnya, program yang amat berfaedah tersebut tidak akan menjadi kenyataan.
JKKD Kuantan merakamkan setinggi-tnggi penghargaan dan terima kasih kepada semua orang dan agensi / jabatan terlibat hingga membolehkan Pogram Silaturrahim Keluarga sempurna diadakan seperti dihasratkan.
Adalah diharapkan lebih banyak orang perseorangan dan agensi / jabatan / NGO tampil untuk bersama-sama JKKD Kuantan dalam program / aktiviti bagi menjadikan kanak-kanak berkenaan ‘Modal Insan’ terbaik buat agama, keluarga, kumuniti dan Negara kita tercinta.

Catatan oleh:
Setiausaha JKKD Kuantan.

Friday, March 2, 2012

PERLANTIKAN JKKD SESI 2010/2013

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA JKKD KUANTAN SESI 2010/2013.

Penyampaian Sijil Perlantikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebagai Ahli Jawatankuasa JKKD Kuantan bagi tempoh 01 Ogos 2010 hingga 31 Julai 2013 telah disempurnakan oleh Cik Zalina binti Yusoff (Pemangku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan) pada 17 Februari 2012 (Jumaat-petang) di Bilik Mesyuarat, Bangunan Kompleks Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan. Turut hadir Encik Nordin bin Ahmad (Pegawai Akhlak Daerah Kuantan).

Senarai Penuh AJK yang dilantik Menteri seperti berikut:
1.YH Dato' Hjh Ramlah bte Kasim
2.Tn Hj Mohd Zahidi bin Hj Husain
3.Pn Hjh Khadijah bte Abdullah
4.Tn Hj Mohd Shari bin Hj Md Pilus
5.Pn Yashida bte Mohd Shariff
6.Tn Hj Saffrin bin Ariffin
7.Pn Zunita MarlinA bte Embong
8.En Munusamy a/l Kuppusamy
9.Tn Hj Mohd Basri bin Hj Husain
10.Pn Hjh Aeshah bte Said
11.Tn Hj Abd Majid bin Hj Mohamad
12.Pn Hjh Rubiah bte Hj Sudin
13.Pn Hjh Shakura bte Mohd Yusof
14.Tn Mej(B) Hj Abd Salam b. Aw Lazak
15.En Danny Yong Yew Chan

Hanya sepuluh orang ahli jawatankuasa yang dapat hadir majlis tersebut.

Menurut Peraturan2 Jawatankuasa Juvana (Perlembagaan dan kewaipan), 1976; Perenggan 4(1) Menteri boleh pada bila2 masa, membatalkan perlantikan mana2 ahli sesuatu Jawatankuasa yang termasuk di dalam perenggan 3(1) tanpa memberi apa2 sebab, jika ia difikirkan sesuai berbuat demikian, dan mana2 ahli itu boleh pada bila2 masa meletakkan jawatan dari sesuatu jawatankuasa.

Perenggan 6(3) memerlukan Setiausaha JKKD memaklumkan kekosongan kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari jika berlaku kekosongan seperti Perenggan 4(1) disebabkan kematian atau perletakan jawatan.

Sekiranya terdapat mana2 Ahli Jawatankuasa yang ingin menolak perlantikan / meletak jawatan, hendaklah dibuat secara bertulis dialamatkan kepada Pengerusi JKKD Kuantan.

Catatan Oleh:
Seiausaha JKKD Kuantan
Sesi 2010/2013.

Tarikh: 02.03.2012 (Jumaat)