Monday, November 23, 2009

PINDAAN TARIKH FORUM

DUKACITA DIMAKLUMKAN ATAS PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN BAHAWA FORUM YANG DIJADUALKAN PADA 03 DISEMBER 2009 BERSAMAAN 16 ZULHIJJAH 1430 H TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN SEPERTI DIJADUALKAN.

SUATU TARIKH BARU AKAN DIMUKTAMADKAN DAN AHLI PANEL BERKENAAN AKAN DIHUBUNGI SEMULA.

JKKD KUANTAN MOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN TIMBUL KEPADA SEMUA PIHAK TERLIBAT AKIBAT PINDAAN TARIKH TERSEBUT.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

MAAF ZAHIR BATIN.

DARIPADA:
SETIAUSAHA DAN SELUURUH AJK JKKD KUANTAN.

TARIKH: 24 NOVEMBER 2009.

Thursday, November 12, 2009

PROGRAM ANAKKU MUTIARA HIDUPKU

INSYAALLAH ! Program berbentuk forum akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 03 DISEMBER 2009 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi

Tempat :

Dewan Kompleks Penyayang Kg. Tiram
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan
Jalan Pintasan Indera Mahkota,
25020 Kuantan.

Peserta ( Sasaran ) :

Para Remaja ditemani ibubapa/penjaga atas jemputan Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah Kuantan

Tokoh Ahli Panel yang Diundang mewakili:

- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Agama Islam Pahang
- Polis DiRaja Malaysia

Dengan Kerjasama:

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan & PUSPANITA Daerah Kuantan

Thursday, July 23, 2009

MESYUARAT AJK JKKD - JULAI 2009

PROGRAM ANAKKU MUTIARA HIDUPKU.

Mesyuarat Jawatankuasa JKKD Kuantan kali ke 2 / 2009 telah diadakan pada hari khamis bersamaan 16 JULAI 2009 / 23 REJAB 1430 H jam 3.00 – 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Penyayang Kg. Tiram, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.
Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri oleh Tuan Hj Mohd Basri Husain, Pengerusi JKKD Kuantan yang turut dihadiri oleh En Kairul Azrin Matsiah (Pegawai Akhlak) PKMD Kuantan.
Seperti biasa mesyuarat telah mengikut susunatur agenda disediakan dengan focus perbincangan kepada Program Anakku Mutiara Hidupku (PAMH) dengan kerjasama PUSPANITA samada sebelum ataupun selepas bulan Ramadhan nanti.
Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) , Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Pahang serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan juga akan bersama-sama memainkan peranan supaya objektif melaksanakan PAMH tercapai sebagai dihasratkan.
Pengerusi dan Setiausaha JKKD telah berbincang dengan Pegawai PKMD Kuantan pada petang 23 Julai 2009 dan mendapat sokongan serta pandangn bernas beliau dalam memantapkan program yang bakal diadakan tersebut.
Insyaallah jika segalanya berjalan seperti diaturkan serta mendapat sokongan pembiayaan pihak Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia / Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, program tersebut akan menjadi kenyataan kepada kumpulan sasaran kanak-kanak berserta ibubapa dan ahli PUSPITA yang dijemput oleh PKMD Kuantan.

Catatan: Setiusaha JKKD Kuantan
Tarikh: 23 Julai 2009

Friday, July 3, 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT & TAHLIL SEMPENA MENDUDUKI KOMPLEKS PENYAYANG KG TIRAM




GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS
PADA 02 JULAI 2009 @ 09 REJAB 1430 H
Majlis diadakan sempena perpindahan lokasi Pentadbiran PKMD Kuantan dan seluruh warga PKMD Kuantan ke Kompleks Penyayang Kampung Tiram, Kuantan, Pahang di bawah Pimpinan Encik Mohd Hamizan bin Nasir selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.
Kami Ahli Jawatankuasa JKKD Kuantan amat berterima kasih atas jemputan menghadiri majlis yang bersejarah sempena perpindahan PKMD Kuantan ke suatu Kompleks pentadbiran yang lengkap prasarana bertepatan dengan fokus utama khidmat kebajikan kepada masyarakat.
Puan Shamsiah bt Hussein ,Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang serta YH Dato' Bakar Mohamad mantan Pengarah JKMN Pahang sebelum beliau turut menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Tahlil tersebut.
Kami ahli Jawatankuasa JKKD Kuantan sesi 2008/2010 merakamkan setinggi tahniah kepada seluruh warga PKMD Kuantan kerana memperolehi suasana persekitaran pejabat yang berkali ganda baik daripada premis lama berhampiran Wisma Seri Pahang di Kuantan.
JKKD Kuantan akan sentiasa bersama PKMD Kuantan dalam mencapai Visi & Misi untuk berkhidmat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
oleh: SU JKKD Kuantan

Tuesday, June 30, 2009

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PERLANTIKAN

Majlis Rasmi Penyerahan Sijil Perlantikan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak @ Jawatankuasa Kebajikan Juvana Daerah Kuantan (JKKD Kuantan) telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hamizan bin Mohd Nasir selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dalam Mesyuarat JKKD Kuantan Bil: 01/2009 pada 30 JUN 2009 jam 3.00 petang (Selasa).

Tuan Hj Mohd Basri bin Hj Husain yang telah dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Pengerusi JKKD Kuantan sesi 2008/2010 telah mempengerusikan mesyuarat.

Mesyuarat sebulat suara mengekalkan Bendahari sesi terdahulu iaitu Pn Yashida binti Mohd Shariff dan melantik En Mohd Shari bin Hj Md Pilus sebagai Setiausaha.

Semua Ahli JKKD Kuantan diberikan huraian ringkas berkaitan peranan dan tanggungjawab / kewajipan setiap orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Menteri berkenaan bagi sesi 2008/2010.

Perkara-perkara yang diperjelaskan mencakupi "PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN JUVANA (PERLEMBAGAAN DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN) 1976" seperti terkandung dalam AKTA MAHKAMAH JUVANA, 1947.

Ahli JKKD Kuantan yang hadir telah diberikan sesalinan perkara-perkara yang telah ditaklimatkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Turut hadir bersama Pn Zalina binti Yusoff yang mengetuai Unit Kanak-Kanak PKMD Kuantan dan En Kairul Azrin bin Matsiah (Pegawai Akhlak PKMD Kuantan) merangkap penyelaras kepada JKKD Kuantan.

SENARAI PENUH AHLI JKKD KUANTAN.

1) Tuan Hj Mohd Basri bin Hj Husain (Pengerusi)
2) En. Mohd Shari bin Hj Md Pilus ( Setiausaha)
3) Pn. Yashida bt Mohd Shariff ( Bendahari)
4) Tuan Hj Saffrim bin Ariffin
5) Pn Shakura bt Mohd Yusof
6) Pn Hjh Rohani Mohamed
7) Pn Hjh Rubiah bt Hj Sidin
8) Pn Hjh Aeshah bt Said
9) Mejar (B) Abd Salam bin Aw. Lazak
10) En Mohd Zahidi bin Hj Husain
11) Pn Zunita Marlina bt Embong
12) En Zulkiflee bin Jusoh
13) En Danny Yong Yew Chan
14) En Kulasingam A/L Kandiah
15) En Abdul Majid bin Mohamad

Selain tumpuan khusus kepada kes seliaan terhadap kanak-kanak, JKKD Kuantan diharapkan dapat menggemblengkan usaha memberi kesedaran kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut dan masyarakat umum.

Semua ahli yang hadir telah turut bersama membincangkan beberapa program / aktiviti yang dirasakan menfaatkan dan menepati halatuju pembentukan JKKD Kuantan. Jika perlu beberapa agensi / jabatan kerajaan dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) dilibatkan bagi setiap program / aktiviti bakal diadakan nanti mengikut kesesuaian.

INSYAALLAH, kami yang diamanahkan akan berusaha sedaya upaya kami bagi memenuhi hasrat seperti termaktub dalam "PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN JUVANA (PERLEMBAGAAN DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN) 1976 " yang telah diedarkan bersama SIJIL PERLANTIKAN oleh Menteri.

Ditulis oleh: Setiausaha JKKD Kuantan sesi 2008/2010.