Friday, August 13, 2010

MAJLIS TAHLIL KOMPLEKS PENYAYANG

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan telah mengadakan Majlis Tahlil sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1431 H bertempat di Kompleks Penyayang Kampung Tiram yang menempatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

Majlis tersebut telah diadakan pada hari Rabu o4 Ogos 2010 / 23 Sya'aban 1431 H.Dimulai Bacaan Surah Yasin selepas solat Maghrib di surau kompleks dengan dihadiri oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan (En Mohd Hamizan Nasir)bersama Staf & kakitangan serta keluarga, Staf & kakitangan Ibu Pejabat JKM Negeri Pahang dan Rumah Kanak2 Tengku Ampuan Fatimah Kuantan serta wakil-wakil institusi lain bawah JKM Pahang.

Para hadirin kemudiannya telah bersama-sama menikmati jamuan makan malam selepas solat Isyak di Dewan Kompleks Penyayang. Kabarnya daging lembu diimport dari institusi JKM Jerantut. Kepada sesiapa yang tiada halangan makan durian telah disediakan durian untuk dimakan sepuasnya.

JKKD Kuantan ikut serta Majlis yang dianjurkan dengan diwakili oleh Pengerusi & Setiausaha bersama beberapa wakil NGO berkaitan jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri pahang. JKKD Kuantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan yang menghubungi sendiri kami.

Semoga kita baik selaku staf & kakitangan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan NGO yang berkaitan sentiasa muhasabah diri dan menyempurnakan kewajipan berkaitan peranan masing-masing dengan sedaya upaya agar selari dengan konsep "penyayang" serta mendapat keredhaan Allah jua.