Friday, January 29, 2016

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2016

PERASMIAN OLEH YBHG CIK NOR TIPAH BT MAJIN
PENGARAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT PAHANG
RAKAMAN FOTO SELEPAS MAJLIS PENUTUP
OLEH PENGARAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT PAHANG
DARI KIRI ke KANAN: Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Pengerusi JKKD Kuantan.
 
MAJLIS PENUTUPAN RASMI BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2016 PADA 24 JANUARI 2016 (AHAD) DI HOTEL CATHAYANA KUANTAN TELAH DIEEMPURNAKAN OLEH YBHG CIK NOR TIPAH BINTI MIJAN - PENGARAH JABATAN KEBANJIKAN MASYARAKAT NEGERI PAHANG.
 
SEBANYAK TIGA PULUH DUA PELAJAR BERKENAAN SEKITAR DAERAH KUANTAN YANG BERTUAH DAPAT HADIR DARIPADA EMPAT PULUH PELAJAR YANG TERPILIH YANG ADA MENDAPAT KHIDMAT KEBAJIKAN MASYARAKAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG MELALUI  JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH KUANTAN, PASUKAN @ JAWATANKUASA PELINDUNG.
 
KEJAYAAN BENGKEL KECEMERLANGAN ADALAH ATAS SEMANGAT KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG TERLIBAT DAN INDIVIDU-INDIVIDU DI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PAHANG DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN.
 
PENGISIAN UNTUK BENGKEL INI MELIBATKAN PENCERAMAH DAN PEMUDAHCARA TERDIRI DARIPADA PEGAWAI PENDIDIKAN @ GURU PAKAR / PEMERIKSA KERTAS BERKENAAN - JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN DAN GURU BERKENAAN.
 
TURUT HADIR BERSAMA ADALAH TUAN HJ HAMAZAH MOHAMAD SELAKU PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN , TUAN HJ MOHD ZAHIDI HUSEIN , ENCIK HARIS DARIPADA PPD KUANTAN DAN AJK JKKD KUANTAN TERLIBAT.
 
RAKAMAN TERIMA KASIH KAPADA CIK ZALINA BT YUSUF ATAS USAHANYA BERSAMA ANGGOTA PETUGAS BELIAU SEPANJANG TEMPOH 23 - 24 JANUARI 2016 . JUGA TAK KETINGGALAN KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH HADIRKAN DIRI DAN MENGIKUTI BENGKEL KECEMERLANGAN SPM.
 
KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA SEMUA PELAJAR TERSEBUT DIUCAPAN BERBANYAK TERIMA KASIH ATAS KEIZINAN KEPADA PELAJAR TERSEBUT HADIR BERSAMA.
 
HASIL SOAL SELIDIK AKTIVITI BENGKEL KECEMERLANGAN INI MENAMPAKAN IMPAK KESEDARAN DAN MENINGKATKAN KEYAKINAN PARA PESERTA DALAM MENGHADAPI PPEPERIKSAAN SPM BAKAL HADAPI TAHUN 2016 INI.
 
PARA PESERTA JUGA MENGHARAPKAN AKAN ADA LAGI BENGKEL SEUMPAMANYA MENCAKUPI MATAPELAJARAN YANG BELUM SEMPAT DIADAKAN.
 
INSYAALAH .... PIHAK JKKD DAN SEMUA TERLIBAT MENGAMBILKIRA PANDANGAN SEMUA PESERTA YANG DIBERIKAN KEMUDAHAN MENGINAP SEMALAMAN DI HOTEL .....
 
APA PUN INI BERGANTUNG KEPADA BAJET / KEWANGAN PIHAK PENGANJUR KERANA SEMUA PELAJAR TERLIBAT ADALAH TANGGUNGAN PENGANJUR TERMASUK MAKAN-MINUM DAN PENGINAPAN DI HOTEL.
 
CATATAN:
BENDAHARI JKKD KUANTAN
29.01.2016
 
 
 
 
 

 
 

Wednesday, January 20, 2016

MESYUARAT JKKD KUANTAN KALI PERTAMA 2016

MESYUARAT JKKD KUANTAN KALI PERTAMA 2016

TARIKH : 18 JANUARI 2016 (ISNIN)
MASA : 10.00 - 11.15 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT PAWE,
KOMPLEKS PENYAYANG,
 PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN.

MESYUARAT DIPENGERUSIKAN OLEH PENGERUSI JKKD KUANTAN
TUAN HAJI MOHDV ZAHIDI BIN HUSEIN SELAKU PENGERUSI JKKD
KUANTAN SESI SEMASA YANG AKAN BERAKHIR JUN 2016.

MESYUARAT BERSETUJU MELULUSKAN PROGRAM / AKTIVITI 
YANG AKAN DIADAKAN:
(1) KEM KECEMERLANGAN SPM 2016
 PADA 23 - 24.01.2016 DI CATHAYANA  HOTEL, KUANTAN
(2) KEMBARA DI LAUTAN 
PADA 15 - 17.03.2016 DI PULAU TIOMAN, PAHANG
(3) MALAM EKSPRESIASI JIWA
 PADA 26.03.2 015 DI SHAHZAN INN HOTEL

SEMUA PROGRAM / AKTIVITI DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PINDAAN..

SEMUA AHLI JKKD SEMASA  DIMAKLUMKAN BAHAWA TEMPOH KHIDMAT BERAKHIR PADA JUN 2016. AHLI JKKD YANG MASIH SANGGUP BERKHIDMAT
UNTUK SESI BERIKUT SELEPAS JUN 2016 AMATLAH DIALUKAN.

TERIMA KASIH KEPADA DUA PEGAWAI / STAFF PEJABAT KEBAJIKAN
 MASYARAKAT DAERAH KUANTAN DIKETUAI OLEH CIK ZALINA BT YUSOF
 YANG DAPAT HADIR SEPANJANG MASA MESYUARAT BERLANGSUNG.

TERIMA KASIH  KEPADA ENCIK HARIS YANG HADIR MEWAKILI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN YANG MEMBANTU PENGURUSAN PESERTA
KAITAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERKENAAN DALAM PROGRAM / AKTIVITI.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN BERKAITAN DALAM
MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN.



CATATAN:
BENDAHARI JKKD KUANTAN
20.01.2016

Saturday, April 18, 2015

LAWATAN KERJA KE MELAKA -2015

LAWATAN KERJA KE MELAKA 12 - 13 APRIL 2015 (AHAD /ISNIN)


Alhamdulillah ... menjadi kenyataan pada 12 dan 13 APRIL 2015 (AHAD DAN ISNIN) setelah beberapa kali usaha adakan LAWATAN KERJA KE MELAKA tertangguh oleh sebab-sebab di luar kawalan.

Rombongan Lawatan Kerja JKKD Kuantan diketuai oleh Pengerusi JKKD Kuantan - Tuan Haji Mohd Zahidi bin Hj Husain berserta rakan-rakan NGO Kuantan lain iaitu daripada Pusat Jagaan Warga Emas Kuantan , Persatuan Bekas Veteran Tentera , Penasihat Mahkamah, PEMADAM Kuantan termasuk juga beberapa orang kanak-kanak/remaja dan ibubapa/penjaga mereka.

Turut bersama dalam rombongan Tuan Hj Hamazah Mohamad (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan), Puan Majisterit Kuantan bersama jurubahasa, pegawai-pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan Daerah Kuantan.

Rombongan seramai enampuluh enam orang menaiki dua buah bas sewa khas berlepas pagi 12 April 2015 Ahad seperti dijadualkan daripada perkarangan Kompleks Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan

Setelah berhenti rehat di R n R Muadzam Shah untuk minum pagi, rombongn terus berlepas ke Melaka .Kemudian berehat untuk makan tengah hari dan solat di masjid.

Perjalanan bas rombongan diteruskan dan tiba di STB (Sekolah Tunas Bakti) Sungai Lereh, Melaka khas buat pelatih perempuan sahaja kira-kira jam 3.30 petang Ahad .

Timbalan Pegetua STB Sg Lereh beserta staff dan penghuni / pelatih telah menyambut mesra ketibaan rombongan kami.

Taklimat berkaitan STB Sg Lereh diberikan oleh Timbalan Pengetuanya diikuti dengan Persembahan Kawat Kaki, Persembahan Pasukan Pancaragam Sekolah dan persembahan kebudayaan di pentas sambil anggota rombongan menikmati minum petang.

Penghuni / pelatih berasal daripada Kuantan telah diberi kesempatan beramah mesra dengan rombongan JKKD Kuantan.

Rombongan Lawatan kerja bermalam di Hotel Sentral Melaka dan menyambong lawatan kerja yang telah dijadualkan ke Sekolah Henry Gurney pula selepas sarapan pagi Isnin 13 APRIL 2015.

Ketibaan rombongan di Sekolah Henry Gurney , Melaka disambut oleh Pegawai Bertugas dan diberikan taklimat . Seterusnya rombongan telah dibawa melawat sekitar kawasan yang dibenarkan termasuk tempat menempatkan pelatih remaja perempuan.

Rombongan makan tengah hari di Sekolah Henry Gurney sebelum berlepas ke Dataran Melaka dalam perjalanan pulang ke Kuantan.

Adalah diharapkan kedua-dua institusi SEKOLAH TUNAS BAKTI SG. LEREH, MELAKA dan SEKOLAH HENRY GURNEY, MELAKA akan terus melaksanakan amanah untuk menerima pelatih remaja perempuan dan lelaki selama tempuh yang diperintahkan oleh Mahkamah Kanak-kanak (Juvana) seluruh negara (Semenanjung Malaysia) melalui VISI & MISI ... MENJAGA dan MEMULIH seperti KURIKULUM / S.O.P yang telah ditetapkan pihak berkenaan.

Menghayati peranan dan kerjabuat kedua-dua institusi tersebut ternyata teramat berat terbeban ke atas bahu semua petugas yang diamanahkan dalam PEMULIHAN demi setiap lepasan institusi tersebut yang bebas kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat boleh menjadi ASSET yang berguna dan bukan pula LIABILITI supaya mereka menepati ciri-ciri MODAL IHSAN yang diperlukan.

Semoga Allah terus memberikan kekuatan mental dan fizika kepada seluruh anggota petugas di kedua-dua institusi tersebut dalam membentuk remaja yang tergelincir kembali ke landasan diredhai Allah.

Kepada semua ahli jawatankuasa JKKD Kuantan yang tidak berhalangan menyertai rombongan Lawatan Kerja Ke melaka dirakamkan ucapan terima kasih

Rakaman ucapan berbanyak terima kasih kepada Tuan Hj Hamazah Mohamad, Cik Zarina dan semua Pegawai / staff Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang serta Pengarah / Pegetua STB Sungai Lereh dan Sekolah Henry Gurney Melaka.

Catatan:
Oleh Bendahari JKKD yang ikut serta dalam
rombongan Lawatan Kerja Ke Melaka.

18 APRIL 2015 - SABTU.



Tuesday, November 18, 2014

PROGRAM INSAF DIRI: INILAH PERJALANANKU


[RAKAMAN FOTO : SELEPAS PROGRAM INSAF DIRI >>INILAH PERJALANANKU - PADA 18 NOVEMBER 2014 - SELASA == PARA PESERTA BESAMA-SAMA PEGAWAI / STAFF PKMD KUANTAN SERTA AJK JKKD KUANTAN (Hj Zahidi Husain/Pengerusi + Pn Yashida/SU + Mejar (B) Hj Salam/PSU + Hj Mohd Shari/Bendahari)]

Tentatif Program mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah dilaksanakan seperti hasrat penganjuran / pengendalian bersama oleh PKMD Kuantan dan JKKD Kuantan seperti Objektif berikut:

>>>Memberi pencerahan kepada para peserta berkaitan peintah mahkamah dan kesan terhadap pelanggarannya dari sudut undang-undang.
>>>Menyuntik semangat kepada para peserta bahawa peluang kedua sentiasa terbuka terhadap mereka terlibat.
>>>Membantu pegawai-pegawai membuat selian terus kepada kanak-kanak
>>>Membentuk kerjasama yang baik antara PKMD dan NGO .

Pengisian program dimulai dengan taklimat oleh Pegawai Akhlak PKMD Kuantan.

Ceramah Motivasi "Insaf Diri - Inilah Perjalananku" disampaikan oleh Tuan Badaruddin bin Shukor seorang kaunselor bertauliah dari SMK. Bukit Sagu, Kuantan merangkap GPK HEM. Selaku pakar motivasi, beliau berjaya menyuntik semangat kepada para peserta bahawa peluang kedua sentiasa terbuka terhadap mereka untuk mengikut landasan yang diredai Allah.

Keinsafan diri serta bijak BERFIKIRAN WARAS / TERBUKA serta bijaksana kawal PERASAAN adalah kunci kearah pencapaian terbaik dalam perjalanan hidup.

Aktiviti / Program berhenti berehat kira-kira jam 1.00 tgh hingga 2.30 ptg untuk makan tengah hari dan Solat Zohor.

Kemudian Para peserta dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil bagi aktiviti "Mentor Mentee" dibawah bimbingan pemudahcara @ Pegawai-pegawai  Akhlak PKMD Kuantan.

Majlis penutup dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Zahidi Husain - Pengerusi JKKD Kuantan. 
Beliau menegaskan bahawa para peserta adalah ASET dalam membina / memupuk positif kearah masa depan Malaysia mencakupi seluruh aspek AGAMA-BANGSA-NEGARA. Kegagalan menjadikan diri sebagai ASET boleh meruntuhkan AGAMA-BANGSA-NEGARA.

Adalah diharap program yang berjalan seharian dari pagi ke petang berjaya mencapai objektif manfaatkan para peserta dengan pengisian yang disusunatur rapi.

Terima kasih kepada Tuan Hj Hamazah - Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan serta semua pegawai / staff terlibat DAN Tuan Hj Zahidi Husain - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD) Kuantan serta barisan anggota jawatankuasa.

InsyaAllah ... JKKD Kuantan sentiasa bersikap terbuka dalam melaksanakan apa jua program boleh memanfaatkan kanak-kanak

Catatan oleh:
Bendahari JKKD Kuantan
18.11.2014 - selasa.

Thursday, March 27, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KUANTAN 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KUANTAN 2014

MESYUARAT TELAH DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN, KOMPLEKS PENYAYANG, JALAN PINTASAN INDRA MAHKOTA, KUANTAN PADA 27 MAC 2014 ( KHAMIS ) JAM 3.00 PETANG

AKTIVITI / PROGRAM MENJURUS KEPADA SASARAN:
(1) REMAJA / KANAK-KANAK
(2) IBU BAPA / PENJAGA KANAK-KANAK / REMAJA
(3) PEMANTAPAN AHLI JAWATANKUASA

PERINGKAT AWAL BEBERAPA BIRO / JAWATANKUASA KECIL DIBENTUK SUPAYA KUMPULAN SASARAN BOLEH MENDAPAT MANFAAT DAN JKK BERFUNGSI SEPERTI DIAMANAHKAN OLEH MENTERI BERKENAAN.
(1) BIRO BINA INSAN -
(2) BIRO PNCEGAHAN -
(3) BIRO PEMULIHAN
(4) BIRO KEBAJIKAN -

MESYUARAT MEMUTUSKAN AGIHAN TUGASAN SELAIN TUAN HJ ZAHIDI BIN HUSAIN (Lantikan Menteri) ; PN YASHIDA sebagai Setiausaha ; dan HJ MOHD SHARI MD PILUS sebagai Bendahari ..... bagi tempoh sesi yang berakhir 2016.

DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI JKK KUANTAN AKAN SENTIASA BERKERJASAMA DENGAN JABATAN KEBANJIKAN MASYARAKAT ( JKM ) PAHANG, PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH (PKMD) KUANTAN DAN SEMUA JKK DAERAH SERTA AGENSI KERAJAAN LAIN / NGO SAHABAT.

TIGA PROGRAM / AKTIVITI DIPUTUSAN DIRANCANG BAKAL DIREALISASIKAN (TERTAKLUK KEPADA PINDAAN) :
(1) PROGRAM UNTUK REMAJA / KANAK-KANAK - BULAN SEPTEMBER .
(2) LAWATAN JKK KUANTAN KE MELAKA - INSTITUSI BERKAITAN - BULAN MEI
(3) JAMUAN SEMPENA HARI RAYA PUASA - BULAN OGOS

TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN DUA ORANG PEGAWAI PKMD KUANTAN YANG TURUT SAMA MEMBERIKAN BUAH FIKIRAN DAN PENCERAHAN HAL-HAL BERKAITAN.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN.

"KEBAJIKAN KANAK-KANAK SELAKU MODAL IHSAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Catatan:
Bendahari - 27.03.14 - khamis.

Thursday, February 13, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN JKK KUANTAN SESI 2014 - 2016 DAN MAJLIS MERAIKAN PERPISAHAN TUAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN BERTUKAR KE IBU PEJABAT JKM

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KUANTAN (2013-2016) DAN MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN KE IBU PEJABAT JKM.


  • TARIKH : 15 FEBRUARI 2014
  • HARI      : SABTU
  • MASA    : 10.00 PAGI
  • TEMPAT: SRI MANJA BOUTIQE, INDERA MAHKOTA, KUANTAN.

INSYAALLAH KEDUA-DUA MAJLIS TERSEBUT DI ATAS AKAN DIADAKAN SEPERTI DIJADUALKAN.

SEMUA AHLI JAWATANKUASA YANG BAKAL DISAMPAIKAN SIJIL PERLANTIKAN PERLANTIKAN UNTUK SESI 2014 - 2016 TELAH DIMAKLUMKAN. TERKINI MELALUI KIRIMAN SMS.

DIHARAP SEMUA AJK JKK KUANTAN TIDAK MENGUZURKAN DIRI.
KEHADIRAN TUAN/PUAN AMATLAH DIHARGAI.

SEMOGA SEMUA JEMPUTAN UNTUK TUJUAN KEDUA-DUA MAJLIS TERSEBUT DAPAT HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS.

TERIMA KASIH ATAS KPRIHATINAN DAN KERJASAMA SEMUA PIHAK

JKK KUANTAN MERAKAMKAN SETINGGI UCAPAN DAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN, SELURUH STAF / KAKITANGAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN SERTA PENGARAH JKM NEGERI PAHANG DAN STAF / KAKITANGAN ATAS HUBUNGAN MESRA YANG TERJALIN.

KEPADA TUAN HAMIZAN , KAMI IRINGI DENGAN DOA DAN HARAPAN TUAN AKAN BERJAYA DALAM JAWATAN BARU DI IBU PEJABAT. MOGA SILATULRAHIM SESAMA KITA TETAP BERTERUSAN.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN USAHA KITA BERSAMA MEMBANTU MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK TERLIBAT DENGAN GEJALA NEGATIF , FAMILI MEREKA DAN KOMUNITI DALAM DAERAH KUANTAN.

14,02.2014 (Jumaat)

Friday, September 28, 2012

BICARA AGAMA SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2012 (DAERAH KUANTAN)





JKKD Kuantan ikut bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Warga Emas 2012 Peringkat Daerah Kuantan yang dikelolakan oleh PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) Kuantan dengan sokongan JASA dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan pada 27 September 2012 (Khamis).

Program bercorak santai 'Bicara Agama' dengan mengundang Dua orang Ustaz daripada JAIP iaitu Ustaz Hamdan Yusi (Penolong Pengarah Dakwah) dan Ustaz Izzuddin (Penolong Pengarah -Pentadbiran Masjid)
serta Ustaz Azli selaku moderator daripada JASA .

Bicara Agama telah mencakupi seluruh penghidupan Warga Emas sendiri dalam menunaikan kewajipan Habluminallah dan Habluminanas di dunia akhirat. Warga Emas diperingatkan akan peranan penting sumbangan mendidik anak-anak/waris-waris generasi agar terselamat / mengurangkan gangguan bencana gejala bagi mengelakkan perbuatan melanggar tuntutan ajaran Agama Islam sendiri.

Para hadirin yang diberikan peluang untuk memberikan pendapat / pandangan serta mengemukakan sebarang pertanyaan dan kemusykilan telah menjadikan majlis tersebut berjalan lancar dan berlangsung dalam suasana kekeluargaan.

Cik Zarina selaku Pemangku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan ketika ucapan perasmian, amat berpuas hati akan penganjuran Majlis Bicara Agama yang membabitkan banyak pihak sebagai tanda muafakat kearah mewujudkan masyarakat / komuniti yang boleh hidup bersama dalam negara ini.

catatan:
Setiausaha JKKD Ktn
27 September 2012 (Khamis)