Tuesday, November 18, 2014

PROGRAM INSAF DIRI: INILAH PERJALANANKU


[RAKAMAN FOTO : SELEPAS PROGRAM INSAF DIRI >>INILAH PERJALANANKU - PADA 18 NOVEMBER 2014 - SELASA == PARA PESERTA BESAMA-SAMA PEGAWAI / STAFF PKMD KUANTAN SERTA AJK JKKD KUANTAN (Hj Zahidi Husain/Pengerusi + Pn Yashida/SU + Mejar (B) Hj Salam/PSU + Hj Mohd Shari/Bendahari)]

Tentatif Program mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah dilaksanakan seperti hasrat penganjuran / pengendalian bersama oleh PKMD Kuantan dan JKKD Kuantan seperti Objektif berikut:

>>>Memberi pencerahan kepada para peserta berkaitan peintah mahkamah dan kesan terhadap pelanggarannya dari sudut undang-undang.
>>>Menyuntik semangat kepada para peserta bahawa peluang kedua sentiasa terbuka terhadap mereka terlibat.
>>>Membantu pegawai-pegawai membuat selian terus kepada kanak-kanak
>>>Membentuk kerjasama yang baik antara PKMD dan NGO .

Pengisian program dimulai dengan taklimat oleh Pegawai Akhlak PKMD Kuantan.

Ceramah Motivasi "Insaf Diri - Inilah Perjalananku" disampaikan oleh Tuan Badaruddin bin Shukor seorang kaunselor bertauliah dari SMK. Bukit Sagu, Kuantan merangkap GPK HEM. Selaku pakar motivasi, beliau berjaya menyuntik semangat kepada para peserta bahawa peluang kedua sentiasa terbuka terhadap mereka untuk mengikut landasan yang diredai Allah.

Keinsafan diri serta bijak BERFIKIRAN WARAS / TERBUKA serta bijaksana kawal PERASAAN adalah kunci kearah pencapaian terbaik dalam perjalanan hidup.

Aktiviti / Program berhenti berehat kira-kira jam 1.00 tgh hingga 2.30 ptg untuk makan tengah hari dan Solat Zohor.

Kemudian Para peserta dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil bagi aktiviti "Mentor Mentee" dibawah bimbingan pemudahcara @ Pegawai-pegawai  Akhlak PKMD Kuantan.

Majlis penutup dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Zahidi Husain - Pengerusi JKKD Kuantan. 
Beliau menegaskan bahawa para peserta adalah ASET dalam membina / memupuk positif kearah masa depan Malaysia mencakupi seluruh aspek AGAMA-BANGSA-NEGARA. Kegagalan menjadikan diri sebagai ASET boleh meruntuhkan AGAMA-BANGSA-NEGARA.

Adalah diharap program yang berjalan seharian dari pagi ke petang berjaya mencapai objektif manfaatkan para peserta dengan pengisian yang disusunatur rapi.

Terima kasih kepada Tuan Hj Hamazah - Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan serta semua pegawai / staff terlibat DAN Tuan Hj Zahidi Husain - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD) Kuantan serta barisan anggota jawatankuasa.

InsyaAllah ... JKKD Kuantan sentiasa bersikap terbuka dalam melaksanakan apa jua program boleh memanfaatkan kanak-kanak

Catatan oleh:
Bendahari JKKD Kuantan
18.11.2014 - selasa.

Thursday, March 27, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KUANTAN 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KUANTAN 2014

MESYUARAT TELAH DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN, KOMPLEKS PENYAYANG, JALAN PINTASAN INDRA MAHKOTA, KUANTAN PADA 27 MAC 2014 ( KHAMIS ) JAM 3.00 PETANG

AKTIVITI / PROGRAM MENJURUS KEPADA SASARAN:
(1) REMAJA / KANAK-KANAK
(2) IBU BAPA / PENJAGA KANAK-KANAK / REMAJA
(3) PEMANTAPAN AHLI JAWATANKUASA

PERINGKAT AWAL BEBERAPA BIRO / JAWATANKUASA KECIL DIBENTUK SUPAYA KUMPULAN SASARAN BOLEH MENDAPAT MANFAAT DAN JKK BERFUNGSI SEPERTI DIAMANAHKAN OLEH MENTERI BERKENAAN.
(1) BIRO BINA INSAN -
(2) BIRO PNCEGAHAN -
(3) BIRO PEMULIHAN
(4) BIRO KEBAJIKAN -

MESYUARAT MEMUTUSKAN AGIHAN TUGASAN SELAIN TUAN HJ ZAHIDI BIN HUSAIN (Lantikan Menteri) ; PN YASHIDA sebagai Setiausaha ; dan HJ MOHD SHARI MD PILUS sebagai Bendahari ..... bagi tempoh sesi yang berakhir 2016.

DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI JKK KUANTAN AKAN SENTIASA BERKERJASAMA DENGAN JABATAN KEBANJIKAN MASYARAKAT ( JKM ) PAHANG, PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH (PKMD) KUANTAN DAN SEMUA JKK DAERAH SERTA AGENSI KERAJAAN LAIN / NGO SAHABAT.

TIGA PROGRAM / AKTIVITI DIPUTUSAN DIRANCANG BAKAL DIREALISASIKAN (TERTAKLUK KEPADA PINDAAN) :
(1) PROGRAM UNTUK REMAJA / KANAK-KANAK - BULAN SEPTEMBER .
(2) LAWATAN JKK KUANTAN KE MELAKA - INSTITUSI BERKAITAN - BULAN MEI
(3) JAMUAN SEMPENA HARI RAYA PUASA - BULAN OGOS

TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN DUA ORANG PEGAWAI PKMD KUANTAN YANG TURUT SAMA MEMBERIKAN BUAH FIKIRAN DAN PENCERAHAN HAL-HAL BERKAITAN.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN.

"KEBAJIKAN KANAK-KANAK SELAKU MODAL IHSAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Catatan:
Bendahari - 27.03.14 - khamis.

Thursday, February 13, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN JKK KUANTAN SESI 2014 - 2016 DAN MAJLIS MERAIKAN PERPISAHAN TUAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN BERTUKAR KE IBU PEJABAT JKM

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KUANTAN (2013-2016) DAN MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN KE IBU PEJABAT JKM.


  • TARIKH : 15 FEBRUARI 2014
  • HARI      : SABTU
  • MASA    : 10.00 PAGI
  • TEMPAT: SRI MANJA BOUTIQE, INDERA MAHKOTA, KUANTAN.

INSYAALLAH KEDUA-DUA MAJLIS TERSEBUT DI ATAS AKAN DIADAKAN SEPERTI DIJADUALKAN.

SEMUA AHLI JAWATANKUASA YANG BAKAL DISAMPAIKAN SIJIL PERLANTIKAN PERLANTIKAN UNTUK SESI 2014 - 2016 TELAH DIMAKLUMKAN. TERKINI MELALUI KIRIMAN SMS.

DIHARAP SEMUA AJK JKK KUANTAN TIDAK MENGUZURKAN DIRI.
KEHADIRAN TUAN/PUAN AMATLAH DIHARGAI.

SEMOGA SEMUA JEMPUTAN UNTUK TUJUAN KEDUA-DUA MAJLIS TERSEBUT DAPAT HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS.

TERIMA KASIH ATAS KPRIHATINAN DAN KERJASAMA SEMUA PIHAK

JKK KUANTAN MERAKAMKAN SETINGGI UCAPAN DAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN, SELURUH STAF / KAKITANGAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN SERTA PENGARAH JKM NEGERI PAHANG DAN STAF / KAKITANGAN ATAS HUBUNGAN MESRA YANG TERJALIN.

KEPADA TUAN HAMIZAN , KAMI IRINGI DENGAN DOA DAN HARAPAN TUAN AKAN BERJAYA DALAM JAWATAN BARU DI IBU PEJABAT. MOGA SILATULRAHIM SESAMA KITA TETAP BERTERUSAN.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN USAHA KITA BERSAMA MEMBANTU MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK TERLIBAT DENGAN GEJALA NEGATIF , FAMILI MEREKA DAN KOMUNITI DALAM DAERAH KUANTAN.

14,02.2014 (Jumaat)